TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Belum ada rundingan PH-BERSATU – Fahmi

By
|
Kongsi
image

KUALA PILAH 20 SEPTEMBER - Pakatan Harapan (PH) setakat ini belum berunding dengan BERSATU berkaitan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, walaupun gabungan itu tidak menolak sebarang kemungkinan berlakunya kerjasama politik, setakat ini belum ada sebarang usaha terutama membabitkan BERSATU.

“Setakat ini kita (PH) belum mengadakan sebarang rundingan kerjasama politik dengan BERSATU terutama menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Malam ini Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya bagi Pakatan Harapan akan ke Masjid Tanah untuk merasmikan suatu program.

“Mungkin mereka ada maklumat tambahan selain daripada apa yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) itu,” katanya kepada media selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di Perkarangan Surau Kampung Tebat Kering, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan barisan pengurusan tertinggi agensi kementerian.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin malam tadi bahawa BERSATU terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang mempunyai kesediaan membentuk kerjasama, namun menegaskan hubungan itu perlu berasaskan keikhlasan dan bukan kepentingan politik semata-mata.

+ - reset