Berita Politik
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER – Puteri UMNO berhasrat memainkan peranan penting sebagai jambatan bagi memperkukuh penyatuan masyarakat Melayu, sekali gus merapatkan jurang antara generasi serta pelbagai kelompok politik di negara ini.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, menegaskan bahawa suara rakyat yang inginkan kesatuan dalam kalangan masyarakat Melayu kini semakin lantang dan tidak sepatutnya diabaikan oleh mana-mana pihak.
Menurut beliau, pemimpin politik tidak seharusnya terlalu leka dengan pertelingkahan sebaliknya perlu peka terhadap aspirasi rakyat yang sudah keletihan melihat perpecahan berterusan.
Ramai dalam kalangan orang Melayu mula mempersoalkan mengapa perbezaan fahaman politik masih dijadikan alasan untuk terus merenggangkan hubungan, sedangkan para pemimpin sepatutnya berusaha mencari lebih banyak titik persamaan.
Kenyataan tersebut disampaikan beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Agung Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Mengulas lanjut, Nurul Amal menjelaskan bahawa sebarang usaha penyatuan tidak boleh sekadar menjadi laungan kosong, sebaliknya perlu dibina atas asas kepercayaan yang teguh.
Beliau mengingatkan bahawa tanpa kepercayaan rakyat, seruan kesatuan tidak akan memberi apa-apa makna.
Begitu juga jika tiada kepercayaan dalam kalangan pemimpin, perpaduan yang dibina akan mudah retak sebaik sahaja kepentingan berubah, manakala penyatuan yang berasaskan ketakutan kepada pihak lain tidak akan bertahan lama.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Puteri UMNO perlu bertindak sebagai jambatan yang menyatukan pelbagai pihak, bukannya tembok yang memisahkan.
Peranan ini merangkumi usaha menghubungkan intergenerasi, mendekatkan parti dengan golongan wanita muda, serta menyalurkan suara akar umbi ke peringkat pembuat keputusan.
Malah, pergerakan itu juga perlu berani menjadi perantara bagi mencari titik persamaan demi kepentingan masa depan masyarakat Melayu.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
