Berita Politik
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
KUALA LUMPUR, 7 September – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari secara terbuka mempersoalkan keghairahan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden PAS berkenaan isu campur tangan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.
Beliau menjelaskan bahawa dakwaan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai usaha kuasa asing menjatuhkan Kerajaan Malaysia sebelum tahun 2018 serta penafian rasmi oleh Kedutaan AS sepatutnya diselesaikan menerusi kaedah undang-undang sivil antara pihak yang terlibat.
Menurut beliau, tindakan drastik gabungan PH yang tampil membuat laporan polis amat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya sedangkan kenyataan asal Presiden PAS langsung tidak mengaitkan mana-mana individu mahupun parti daripada gabungan berkenaan.
Fadhli turut mempertikaikan motif sebenar di sebalik reaksi agresif PH dalam mendepani isu terbabit seolah-olah gabungan politik berkenaan mempunyai kepentingan peribadi yang cuba dipertahankan.
Sehubungan itu, beliau melontarkan persoalan sama ada tindak-tanduk PH yang dilihat seolah-olah 'melatah' itu memberi gambaran bahawa mereka secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan percubaan campur tangan asing berkenaan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
