Berita Berita
Suspek tikam ibu sampai mati di Alor Setar ada masalah kewangan, polis cari senjata digunakan
ALOR SETAR 3 Feb – Polis masih meneruskan usaha mengesan senjata yang dipercayai digunakan dalam kes seorang wanita maut ditikam di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, usaha mengesan senjata berkenaan sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak bersendirian ketika melakukan perbuatan menikam mangsa sehingga menyebabkan kematian.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah kewangan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata, suspek juga dipercayai mempunyai masalah panas baran, namun perkara itu masih dalam siasatan dan penelitian pihak polis.
Dalam kejadian itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada jam 8.45 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian pembunuhan membabitkan ibunya.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa, Zahrullail Basir, 52, yang bekerja sebagai eksekutif operasi bank, mengalami kecederaan akibat tikaman di beberapa bahagian badan selain kecederaan di kepala.
Suspek lelaki berusia 29 tahun itu kemudian berjaya ditahan polis pada jam 8.34 malam hari sama ketika menaiki sebuah bas persiaran dalam perjalanan menuju ke Selangor.
Mahkamah Alor Setar membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
February 3, 2026, 8:21 pm
Warga asing disyaki bersenjata ‘pistol’ ditahan di kondominium, polis siasat motif sebenar
February 3, 2026, 5:28 pm
Warga emas maut dirempuh kereta ketika ke surau untuk solat Maghrib
February 3, 2026, 5:20 pm
Anwar hilang sabar: pegawai lindungi penyeludupan e-waste akan diambil tindakan tanpa kompromi
February 3, 2026, 5:06 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas hantar isteri ke tempat kerja
February 3, 2026, 4:57 pm
JKN Negeri Sembilan siasat dakwaan restoran guna semula sisa makanan pelanggan
February 3, 2026, 4:45 pm
Sultan Selangor murka, mahu dalang bakar suar di Jambatan Angkat diberi hukuman maksimum
February 3, 2026, 4:43 pm
