Berita Berita
'Kalau orang lain, dah diambil tindakan' - Pengerusi PAC desak siasat Azam Baki tanpa ‘double standard’
KUALA LUMPUR 12 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menuntut agar dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ditangani tanpa layanan berbeza atau sikap ‘double standard’.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu mengulangi desakan supaya Azam meletakkan jawatan dan disiasat susulan laporan agensi berita antarabangsa, Bloomberg, yang mendakwa beliau memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
"Beliau (Azam) harus disiasat. Semalam, saya mendesak beliau meletak jawatan, dan saya rasa ramai pihak yang meminta beliau membuat perkara sama.
"Tolong berlaku adil kepada orang lain, jangan ada sikap 'double standard'.
"Jika orang lain kena, boleh disiasat, boleh diambil tindakan dan boleh didakwa.
"Namun apabila datangnya tindakan yang boleh ada satu keraguan munasabah, beliau kata sudah jual (saham) pada Julai tahun lalu... maksudnya, sebelum ini tidak jadi masalahkah? Sudah ada dalam pegangan awak (Azam) saham berkenaan.
"Jadi, terlalu banyak perkara yang meragukan dan perlu dijawab secara tuntas oleh Azam Baki," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri prosiding saman pemula Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang didakwa ditandatangani tanpa dirujuk kepada Parlimen, di Mahkamah Tinggi di sini.
Turut hadir pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur itu ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, serta peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.
Semalam, media melaporkan Azam mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya sebagai ‘mengelirukan’ dan ‘berunsur fitnah’ berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd.
Laporan berkenaan merupakan pendedahan awam pertama mengenai dakwaan pegangan saham besar atas nama Azam sejak kontroversi beberapa tahun lalu yang mencetuskan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.
Berita berkaitan
February 12, 2026, 9:30 pm
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari, pengumuman dibuat malam Selasa
February 12, 2026, 8:59 pm
Kes roboh kuil: Mahkamah Tinggi batal reman Tamim Dahri, tiga rakan
February 12, 2026, 7:04 pm
IKMA perlu terus perkasa peranan 16,000 koperasi seluruh negara - KUSKOP
February 12, 2026, 5:08 pm
Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti
February 12, 2026, 5:01 pm
Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong
February 12, 2026, 3:31 pm
Selangor henti lesen penternakan babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat - Amirudin
February 12, 2026, 2:55 pm
Kemboja tutup 200 pusat 'scam', 173 dalang ditahan
February 12, 2026, 2:34 pm
