Berita Berita
Dewan rakyat pertimbang saringan kesihatan mental Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR 12 Feb – Dewan Rakyat bersedia meneliti cadangan bagi melaksanakan ujian saringan kesihatan mental terhadap semua Ahli Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul berkata, cadangan itu dibangkitkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan akan dipertimbangkan, dengan kemungkinan ujian dimulakan secara percubaan di Pendang terlebih dahulu.
“Kita akan pertimbangkan pandangan Awang. Mungkin juga kita mulakan dengan Pendang dulu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Cadangan itu timbul ketika sesi soal jawab lisan, di mana Awang membangkitkan isu serangan kera dan monyet serta menekankan kepentingan kesihatan mental wakil rakyat.
Beliau mencadangkan pemeriksaan menyeluruh dibuat bagi memastikan setiap Ahli Parlimen berada dalam tahap kesihatan mental yang baik, termasuk kemungkinan saringan untuk bipolar mental disorder.
Untuk rekod, semua Ahli Parlimen sebelum ini telah menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi memastikan mereka sihat dan mampu terus berkhidmat.
Berita berkaitan
February 12, 2026, 5:08 pm
Saifuddin minta pihak tuduh Azam Baki kemuka bukti
February 12, 2026, 5:01 pm
Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong
February 12, 2026, 3:31 pm
Selangor henti lesen penternakan babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat - Amirudin
February 12, 2026, 2:55 pm
Kemboja tutup 200 pusat 'scam', 173 dalang ditahan
February 12, 2026, 2:28 pm
KPDN beri amaran peniaga bazar Ramadan patuh tanda harga atau diambil tindakan
February 12, 2026, 2:22 pm
AMK yakin kerjasama UMNO-Pas beri kelebihan kepada PH di Melaka
February 12, 2026, 1:33 pm
