TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Angkara salah faham, lelaki ambil nyawa sendiri selepas tikam isteri 13 kali hingga maut di Kepong

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUALA LUMPUR 12 Feb - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga tempatan membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kepong, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, selepas kejadian itu suspek dipercayai mencederakan dirinya sendiri sebelum ditemui mati di lokasi sama.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat menerusi panggilan MERS 999 pada jam 11.43 pagi berhubung kejadian berkenaan.

"Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati lelaki berusia 54 tahun terbaring di dalam bilik dengan kesan tikaman di leher.

"Manakala isterinya berusia 52 tahun pula mengalami 13 kecederaan tikaman, termasuk di leher, tangan dan badan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Sukarno berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Motif pembunuhan dipercayai kerana perselisihan faham antara suami isteri itu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

+ - reset