Berita Dunia
Netanyahu santai minum kopi, tepis khabar angin sudah maut
BAITULMAQDIS 16 Mac – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tampil dalam satu rakaman video sedang menikmati secawan kopi bagi menepis khabar angin yang tular di Iran bahawa beliau telah maut atau cedera.
Video yang dimuat naik pada Ahad di akaun Telegram Netanyahu itu memaparkan beliau berada di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis sambil berbual santai dengan seorang pembantunya.
Dalam rakaman tersebut, pembantunya bertanya mengenai khabar angin kematian yang tersebar di internet, sebelum Netanyahu menjawab secara berseloroh menggunakan permainan kata dalam bahasa Ibrani berkaitan perkataan “mati” ketika mencapai cawan kopinya.
Khabar angin mengenai kematian atau kecederaan Netanyahu sebelum itu dilaporkan dibincangkan oleh televisyen dan media milik kerajaan Iran sebelum ia pantas tersebar dalam kalangan pengguna media sosial di negara itu.
Rakaman video berkenaan disahkan oleh Reuters berdasarkan imej arkib kafe tersebut yang sepadan dengan bahagian dalaman yang kelihatan dalam video.
Tarikh rakaman turut disahkan melalui beberapa video dan gambar lain lawatan Netanyahu yang dimuat naik oleh pihak kafe pada 15 Mac.
Sejak konflik antara Israel dan Iran tercetus pada 28 Februari lalu, Netanyahu dilaporkan hanya membuat beberapa lawatan ke lokasi yang terkena serangan peluru berpandu Iran.
Bagaimanapun, akses media ke lokasi-lokasi berkenaan adalah sangat terhad dan kebanyakan rakaman video diedarkan oleh pejabat beliau sendiri.
Netanyahu yang jarang memberi wawancara kepada media Israel atau mengadakan sidang media sebelum ini turut mengadakan sidang media pertamanya sejak perang bermula menerusi pautan video pada 12 Mac.
Format yang sama juga digunakan beliau pada Jun lalu ketika konflik selama 12 hari antara Israel dan Iran.
Dalam masa yang sama, sekatan keselamatan kecemasan di Israel sejak perang dengan Iran bermula melarang perhimpunan awam.
Kebanyakan penduduk negara itu kini diarahkan berada di rumah atau berhampiran tempat perlindungan serta bilik selamat, manakala sekolah di kebanyakan kawasan turut ditutup. – Agensi
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
