Berita Dunia
'Saya masih hidup...' - Netanyahu
JERUSALEM 20 Mac – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tampil menepis dakwaan kononnya beliau terbunuh ketika muncul dalam sidang media bersama wakil media asing pada Khamis.
Netanyahu membuka sesi berkenaan dengan kenyataan bersifat sinis: “Saya masih hidup dan anda semua menjadi saksi.”
Beliau turut menjelaskan, dakwaan mengenai kematiannya hanyalah berita palsu sebelum memulakan taklimat mengenai Operasi Roaring Lion.
Menurut laporan media antarabangsa, operasi itu merupakan sebahagian daripada tindakan ketenteraan Israel yang lebih luas untuk melemahkan kemampuan Iran, termasuk infrastruktur pertahanan dan keupayaan peluru berpandu serta dron negara itu.
Netanyahu juga mendakwa, operasi tersebut telah memberikan “keberhasilan besar” dalam merosakkan aset dan keupayaan ketenteraan Iran.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan Israel beroperasi dengan sokongan kukuh Amerika Syarikat, sambil menekankan hubungan strategik yang diperkukuh di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
Menurutnya, beberapa serangan dilakukan secara berdikari, manakala sebahagian lain melibatkan penyelarasan dengan Washington.
Dalam perkembangan berkaitan, Netanyahu mendakwa terdapat “tanda-tanda jelas” bahawa kepimpinan Iran kini semakin lemah susulan siri serangan bertumpu yang dilancarkan Israel sejak bermulanya konflik.
Kenyataan itu muncul selepas beberapa hari spekulasi tular di media sosial yang mendakwa beliau terkorban dalam serangan balas Iran.
Operasi Roaring Lion dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang dengan sasaran terhadap infrastruktur utama yang digunakan Iran dalam program ketenteraannya.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
