Berita Dunia
'Saya akan tanam kamu di sini!' - Polis ugut umat Islam di Mainpuri henti solat Aidilfitri, penduduk Hindu bantu lerai pergaduhan
MAINPURI, INDIA 24 Mac – Suasana tegang tercetus di Kampung Kurawali, daerah Mainpuri, Uttar Pradesh pada Sabtu, 21 Mac lalu, apabila sekumpulan umat Islam dilaporkan dihalang daripada menunaikan solat Aidilfitri di sebuah Eidgah yang telah digunakan sejak puluhan tahun lalu.
Insiden itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan pertikaman lidah antara Ketua Balai Polis Kurawali, Lalit Bhati dan para jemaah yang berkumpul di lokasi berkenaan.
Dalam rakaman tersebut, pegawai polis itu dilihat mengarahkan jemaah supaya mengosongkan kawasan berkenaan susulan aduan penduduk tempatan berkaitan gangguan, selain meminta mereka menunaikan solat di kawasan yang telah ditetapkan.
Namun, penjaga Eidgah, Shakir Hussain mempertahankan bahawa solat telah diadakan di lokasi tersebut sejak sekian lama tanpa sebarang masalah.
Keadaan bertambah tegang apabila pegawai berkenaan dilaporkan hilang sabar dan mengeluarkan kata-kata berunsur ancaman, termasuk ungkapan “Mein yahi gaad dunga” (Saya akan tanam kamu di sini), sekali gus mencetuskan ketidakpuasan dalam kalangan jemaah.
Beberapa anggota komuniti kemudiannya campur tangan bagi menenangkan situasi dan meredakan ketegangan.
Dalam masa sama, penduduk Hindu tempatan tampil memberi jaminan kepada pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penganjuran solat berkenaan seperti kebiasaan.
Walaupun mendapat sokongan tersebut, Lalit Bhati dilaporkan kekal dengan pendiriannya, menyebabkan pertikaian berlarutan kira-kira 20 minit sebelum jemaah akhirnya dibenarkan meneruskan solat Aidilfitri.
Insiden yang mendapat perhatian meluas di media sosial itu kini mencetuskan perbincangan mengenai isu kebebasan beragama serta peranan pihak berkuasa dalam mengurus acara keagamaan dalam komuniti setempat.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
