Berita Dunia
Pemuda diheret masuk kereta, dibelasah gara-gara dituduh bawa lembu untuk disembelih
HARIDWAR 24 Mac – Seorang pemuda yang didakwa sedang mengangkut lembu menjadi mangsa serangan sekumpulan individu disyaki ‘vigilante lembu’ dalam satu kejadian yang tular di media sosial, menurut polis.
Video kejadian yang dipercayai dirakam dan dimuat naik oleh suspek sendiri menunjukkan mangsa dipaksa masuk ke dalam kenderaan sebelum dipukul.
Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Saddam, penduduk Bairagi Camp di kawasan Kankhal, mendakwa kejadian berlaku pada malam 19 Mac lalu.
Dalam laporan dibuat, beliau memaklumkan sedang mengangkut dua ekor lembu dan seekor anak lembu ke Dinarpur sebelum kenderaannya dihalang berhampiran Kuil Kali.
Mangsa mendakwa kumpulan tersebut menuduhnya membawa haiwan berkenaan untuk disembelih, sebelum memaksanya masuk ke dalam kereta mereka dan memukulnya.
Selain itu, mangsa turut mendakwa diugut bunuh sekiranya dilihat mengangkut lembu lagi pada masa akan datang.
Sementara itu, polis bertindak selepas video kejadian berkenaan tular di media sosial, sekali gus berjaya mengenal pasti mangsa dan suspek terlibat.
Ketua Polis Bandar Haridwar, Abhay Pratap Singh berkata, kes telah didaftarkan terhadap lima individu iaitu Pawan, Piyush, Rajan Chaudhary, Abhay dan Saurabh.
“Immediate action was taken regarding the incident. A case has been registered and the accused have been taken into custody,” katanya.
Menurut polis, suspek mendakwa pemuda berkenaan membawa lembu untuk tujuan penyembelihan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan keadaan sebenar kejadian serta kesahihan dakwaan kedua-dua pihak.
Insiden melibatkan kumpulan ‘vigilante lembu’ dilaporkan berlaku secara berkala di beberapa kawasan di India, lazimnya berpunca daripada syak wasangka terhadap pengangkutan lembu secara haram.
Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang diteruskan bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
