TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Bagaimana saya boleh menerima RM9.5 juta daripada seseorang yang saya tidak pernah temui?' - Ramanan

By
|
Kongsi
image

 

SUNGAI BULOH 25 Mac – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Ramanan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan sindiket pengambilalihan paksa syarikat menerusi pakatan tertentu.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat mencemarkan nama baik parti, wakil rakyatnya serta kerajaan.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengenali atau berhubung dengan individu berkenaan.

“Saya tidak pernah bertemu dengannya (Chin), saya tidak mengenalinya, dan saya tidak pernah bercakap dengannya.

“Bagaimana saya boleh menerima RM9.5 juta daripada seseorang yang saya tidak pernah temui?” katanya dalam satu sidang media.

Dalam pada itu, Ramanan turut mencabar Chin supaya mendedahkan identiti individu yang dikenali sebagai ‘Mr R’, yang didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam sindiket korporat tersebut.

Semalam, menerusi dokumen setebal 40 muka surat, Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR yang tidak dinamakan telah meminta bayaran RM10 juta secara tunai bagi menyelesaikan isu perniagaannya dengan kumpulan terbabit.

Beliau turut mendakwa seorang individu lain dikenali sebagai ‘Mr R’ bekerjasama dengan sindiket korporat untuk menguasai NexG Bhd serta pegangan saham berkaitan melalui paksaan dan sekatan terhadap hak pemegang saham.

 

+ - reset