TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar 13 tahun cedera ditampar lelaki di LRT Pasar Seni

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 25 Mac – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun cedera di bahagian hidung selepas dipercayai ditampar seorang lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Stesen LRT Pasar Seni, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa berada bersendirian di premis berkenaan, manakala ibu saudaranya menunggu di dalam kereta.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah menampar mangsa sekali di bahagian muka sehingga menyebabkan kecederaan pada hidung.

“Suspek dipercayai menuduh mangsa memotong barisan, namun ketika kejadian mangsa adalah pelanggan pertama dan tiada pelanggan lain di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami kecederaan jenis soft tissue injury nasal lesion.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, pihak polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut.

 

+ - reset