Berita Berita
‘Kami tahu di mana Victor Chin berada’ – Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR 25 Mac – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pihak berkuasa mengetahui keberadaan ahli perniagaan, Victor Chin yang dikaitkan dengan kegiatan ‘mafia korporat’.
Beliau bagaimanapun berkata, lokasi sebenar individu tersebut akan didedahkan dalam masa terdekat.
“Ya kami tahu di mana dia berada.. kita akan bagi tahu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dilaporkan mengesahkan bahawa ahli perniagaan itu kini berada di luar negara.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyerbu beberapa premis milik Victor Chin di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang, bagi membantu siasatan.
Mengulas sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan membatalkan pasport individu berkenaan, Saifuddin berkata perkara itu bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh PDRM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Menurut beliau, siasatan melibatkan beberapa aspek termasuk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), selain siasatan oleh SC.
“Dalam siasatan AMLA, saya yakin dengan keupayaan PDRM dalam menetapkan hala tuju siasatan, malah kita ketika ini sedang mengesan modus operandi dan selepas itu barulah kita akan hubungi mereka yang terbabit.
“Jadi berkaitan sekatan dokumen perjalanan, kita akan tunggu hasil siasatan berjalan terlebih dahulu,” katanya.
Berita berkaitan
March 25, 2026, 10:16 pm
Pelajar 13 tahun cedera ditampar lelaki di LRT Pasar Seni
March 25, 2026, 9:31 pm
PKR sedia ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah mafia korporat
March 25, 2026, 9:14 pm
Keluarga tak sedar budak 5 tahun lari ke tengah jalan raya
March 25, 2026, 8:13 pm
Harga RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter meskipun pasaran global melonjak
March 25, 2026, 7:48 pm
Hamzah gesa kerajaan rangka pelan kontingensi nasional hadapi kenaikan harga minyak
March 25, 2026, 7:36 pm
Hanya 10 kategori layak mohon Permit Khas isi minyak melebihi 20 liter
March 25, 2026, 5:03 pm
Rangka bayi ditemui ditanam di laman rumah di Kelemak
March 25, 2026, 3:07 pm
