Berita Dunia
(VIDEO) 24 maut, bas terjunam dalam sungai di Rajbari, Bangladesh
Oleh AZIM SAID
DHAKA 26 Mac – Sekurang-kurangnya 24 maut dalam insiden bas terjunam ke dalam Sungai Padma di Rajbari, Bangladesh semalam pada jam 5 petang.
Menurut Inspektur Russel Mollah, mungkin masih ada mayat yang hilang dan beberapa orang yang terselamat.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
"Memandangkan hari sudah malam, operasi menyelamat akan dihentikan sementara," katanya.
Bas tersebut bergerak dari Rajbari ke Dhaka dan berada di atas feri ketika jatuh ke dalam sungai kira-kira 9.14 meter.
Menurut perkongsian tersebut, bas yang membawa lebih daripada 40 orang penumpang dilihat hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam sungai.
Ketika insiden, orang ramai dilihat cuba membantu mangsa yang dilihat berjaya berenang keluar.
Operasi menyelamat diteruskan dengan bantuan pasukan penyelamat, termasuk anggota bomba dan penyelam.
Menurut laporan, kapal penyelamat Hamza berjaya menarik bas yang tenggelam keluar dari sungai hampir enam jam kemudian.
Sekitar jam 11.15 malam, sebahagian daripada kenderaan itu kelihatan, dan menjelang jam 11.30 malam, keseluruhan bas itu diangkat menggunakan kren.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
