Berita Berita
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
KUALA LUMPUR 6 April - Usaha Sunway Bhd untuk mengambil alih IJM Corp Bhd gagal selepas syarikat itu tidak berjaya memenuhi syarat utama memperoleh pegangan melebihi 50 peratus dalam IJM.
Sehingga jam 5 petang, 6 April iaitu tarikh akhir tawaran, Sunway hanya menerima penerimaan sebanyak 33.43 peratus.
Tawaran pengambilalihan bernilai RM11 bilion yang diumumkan pada pertengahan Januari itu mencadangkan bayaran tunai 10 peratus (31.5 sen sesaham IJM) dan baki 90 peratus dalam bentuk saham baharu Sunway, iaitu kira-kira 0.501 saham Sunway bernilai RM5.65 sesaham bagi setiap saham IJM.
Cadangan itu melibatkan premium sekitar 28 peratus berbanding harga pasaran IJM ketika itu, termasuk penerbitan kira-kira 1.76 bilion saham baharu Sunway serta perbelanjaan tunai sekitar RM1.1 bilion.
Sejak awal, Sunway menegaskan tawaran tersebut adalah “terbaik dan muktamad” tanpa sebarang semakan semula.
Dari segi prestasi pasaran, saham IJM ditutup naik lima sen kepada RM2.36 pada Isnin dengan nilai pasaran RM8.61 bilion, selepas sebelum ini melonjak ke RM2.97 susulan pengumuman tawaran sebelum kembali stabil dalam julat RM2.20 hingga RM2.40.
Sementara itu, saham Sunway susut empat sen atau 0.8 peratus kepada RM4.99, menjadikan nilai pasarannya RM33.96 bilion.
Untuk rekod, Sunway baru sahaja menyenaraikan cabang penjagaan kesihatannya, Sunway Healthcare Holdings Bhd, dengan permodalan pasaran RM16 bilion pada pertengahan Mac lalu.
Dalam kenyataan, Sunway memaklumkan pihaknya menghormati keputusan pemegang saham IJM serta hasil proses tersebut.
“We respect the decision of IJM shareholders and the outcome of the process. In any transaction of this scale, differing perspectives are natural and we acknowledge the robust public discourse that has accompanied the offer.”
Syarikat itu menegaskan cadangan berkenaan dirangka bagi mewujudkan nilai strategik jangka panjang dan mampan kepada semua pihak berkepentingan.
“It was structured to enable shareholders to participate in the future growth of a larger, more resilient national entity, anchored on strong fundamentals and a proven track record of delivery,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM, Lee Chun Fai berkata syarikat akan meneruskan strategi sedia ada bagi meningkatkan nilai portfolio merangkumi empat teras utama iaitu pembinaan, pembangunan hartanah, industri dan infrastruktur.
“Our priority now remains on execution and unlocking the value of the portfolio we have built.
“IJM has always been, and remains, a fundamentally strong company with a clear strategy and a resilient pipeline. Our shareholders have decided, and we respect the conviction they have placed in IJM's long term intrinsic value,” katanya.
IJM turut memaklumkan syarikat berada pada kedudukan kukuh dengan buku pesanan mencecah RM17.3 bilion serta potensi pertumbuhan berterusan melalui aset yang sedang beralih ke fasa operasi.
Dalam masa sama, IJM merancang untuk membuka nilai pemegang saham dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk rasionalisasi operasi di India, kemungkinan penyenaraian bahagian pembinaan serta penjualan atau penyenaraian aset lebuh raya bertol.
Menurut Lee, langkah tersebut penting bagi mengelakkan kesan purata penilaian dalam struktur konglomerat yang boleh menjejaskan nilai sebenar setiap perniagaan.
Beliau turut menyatakan penilaian IJM dianggarkan antara RM4.80 hingga RM5.63 sesaham, jauh lebih tinggi berbanding harga tawaran Sunway.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
