Berita Berita
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
GEORGE TOWN 6 April – Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah bilik hotel di Tanjung Tokong, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake memaklumkan bahawa mangsa yang berasal dari Langkawi, Kedah, berada di Pulau Pinang bersama pasangannya untuk tujuan bercuti sejak 3 April lalu.
Menurut beliau, polis menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira jam 12.30 tengah hari berhubung kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati pada jam 9.30 pagi hari kejadian, mangsa ditemukan oleh pasangannya dalam keadaan lemah selepas mandi sebelum tidak sedarkan diri ketika sedang berehat di atas katil.
"Pihak ambulans telah dipanggil bagi memberikan bantuan kecemasan dan mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.46 pagi ketika sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Swee Sake menjelaskan bahawa pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa serta penelitian di lokasi kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah yang mencurigakan.
"Proses bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP hari ini. Bagaimanapun, keputusan penuh masih belum diperoleh memandangkan pihak kami sedang menunggu hasil analisis makmal," tambahnya.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kematian wanita berkenaan.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
