Berita Berita
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
SHAH ALAM 6 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada mangsa kemalangan maut akibat pemandu mabuk di Klang, hujung bulan lalu.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani dalam satu kunjungan hiba di kediaman keluarga mangsa di Seksyen 16, di sini, hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis ringkas tersebut turut disulami dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Amirul Hafiz Omar.
"Semasa sesi kunjungan di rumah Allahyarham, satu majlis tahlil ringkas turut diadakan. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Penasihat Undang-undang Istana Negara, Datuk Zulharry Abdul Rashid dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol," menurut hantaran berkenaan.
Dalam kejadian tragis pada 29 Mac lalu, Amirul Hafiz, 33, maut di tempat kejadian di Jalan Raya Barat selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipandu individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Impak rempuhan kuat pada jam 11.40 pagi itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung sebuah kereta lain. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata yang masih kecil, berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua ini sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada Nor Nadia dan anak-anak dalam menempuhi detik sukar kehilangan ketua keluarga dalam sekelip mata akibat kecuaian pihak lain.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
