Berita Politik
PRN Johor: PN sasar bertanding kesemua 56 kerusi, tidak tolak kerjasama dengan MUDA
ISKANDAR PUTERI 4 Mei - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, PN bersedia sepenuhnya untuk berdepan PRN Johor pada bila-bila masa.
“PN akan bertanding di semua kerusi DUN (dalam PRN Johor). Senarai nama calon-calon akan diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan peringkat Pusat,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berkata demikian pada sidang media semasa persidangan DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz.
Dalam masa sama, Sahruddin berkata PN tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan MUDA pada PRN Johor.
Bagaimanapun, bekas Pengerusi PN Johor itu berkata fokus ketika ini adalah kepada pelantikan baharu jawatan berkenaan yang masih belum diisi.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menghantar satu surat mengandungi satu nama bagi pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada kepimpinan tertinggi PN.
“Surat tersebut sudah dihantar lebih sebulan dan masih belum ada jawapan. Hingga hari ini masih belum dinamakan lagi, jadi kita tunggu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mendesak kerajaan mengembalikan kuota program BUDI95 yang dikurangkan daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter pada April lalu.
“Kerajaan perlu lebih mengambil berat akan kebajikan rakyat yang berdepan kenaikan harga barangan termasuk bekalan bahan api seperti petrol dan diesel.
“Sepatutnya pada waktu seperti ini, bantuan tersebut ditambah dan bukannya dikurangkan. Jadi kita harap bantuan itu dipertimbangkan,” katanya.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
