Berita Politik
PH, UMNO jumpa malam ini bincang tentang PRN, kemelut Negeri Sembilan
PUTRAJAYA 5 Mei - Pakatan Harapan dan UMNO dijadual mengadakan mesyuarat Biro Politik bersama malam ini bagi membincang serta merundingkan beberapa perkara berkaitan hal politik semasa.
Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam itu akan diadakan di Kompleks Sri Perdana, menurut sumber kedua-dua parti yang mengesahkan perkara berkenaan.
Difahamkan, pertemuan itu akan turut dihadiri pimpinan utama PH dan UMNO serta menyentuh kemelut politik di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan tindakan menarik sokongan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Isu Negeri Sembilan dan beberapa perkara lain termasuk hal-hal Pilihan Raya Negeri (PRN) dibincang," katanya ringkas ketika dihubungi.
Ditanya mengenai kemungkinan cadangan menukar Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibangkitkan dan diputuskan, beliau berkata perkara itu bergantung kepada rumusan perbincangan dan rundingan semua pemimpin malam ini.
Beliau berkata, hal berkaitan pilihan raya termasuk PRN di beberapa negeri yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat turut menjadi antara fokus utama, selain isu pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
"Soal kerjasama, agihan kerusi bagi PRN, ini dijangka dibincang malam ini," katanya, sambil mengesahkan bahawa Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan bersama mesyuarat berkenaan.
Ahmad Zahid dalam temu bual sempena Ulang Tahun ke-80 UMNO minggu lalu memaklumkan bahawa Biro Politik PH dan UMNO dijadual bertemu pada minggu ini.
Terdahulu pada pagi ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan seluruh jentera parti bersiap siaga menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor susulan perkembangan politik semasa.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan gagal, sekali gus meningkatkan kemungkinan PRN mengejut di beberapa negeri.
Berita berkaitan
May 4, 2026, 6:18 pm
PRN Johor: PN sasar bertanding kesemua 56 kerusi, tidak tolak kerjasama dengan MUDA
May 3, 2026, 10:34 am
Ahmad Zahid bayangkan BN bertanding solo tanpa rakan gabungan pada PRU16
May 2, 2026, 6:06 pm
'Saya bukan budak catur sesiapa, saya budak UMNO' - Dr Akmal
May 2, 2026, 12:06 pm
UMNO rekod 13,954 ahli baharu melalui pendaftaran dalam talian
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
