Berita Politik
Sejarah tercipta, DAP Melaka tubuh cawangan pertama di kawasan majoriti Melayu
MELAKA 11 Mei – Democratic Action Party (DAP) Melaka mencipta sejarah apabila berjaya menubuhkan cawangan pertama parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu di Kampung Padang Temu Kini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penubuhan cawangan berkenaan menunjukkan parti itu semakin diterima pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Menurut beliau, cawangan tersebut turut disertai ahli daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan Portugis.
“Ini merupakan cawangan DAP pertama di kawasan majoriti pengundi Melayu melebihi 70 peratus dan lebih 80 peratus ahli terdiri daripada orang Melayu.
“Cawangan ini juga bersifat berbilang kaum dan agama yang membuktikan politik khidmat dengan tema demokratik, adil dan peduli yang dibawa DAP diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata, semua ahli baharu turut diingatkan supaya terus memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira masa demi kepentingan masyarakat secara keseluruhan.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa yang dipilih dan berharap mereka dapat menjalankan amanah dengan baik,” katanya.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
