Berita Politik
Rafizi Ramli, Nik Nazmi umum hala tuju politik baharu Ahad ini
PETALING JAYA 13 Mei – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dijadualkan akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka dalam satu majlis khas pada Ahad ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Rafizi memaklumkan bahawa pengumuman tersebut akan diadakan di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama bermula jam 2 hingga 5 petang serta turut dibuka kepada penyertaan orang ramai melalui pendaftaran awal.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan mengenai hala tuju politik seterusnya itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan, dan faktor sepanjang tempoh setahun yang lalu bagi menyuburkan aliran politik progresif di negara ini.
Rafizi sebelum ini merupakan bekas Menteri Ekonomi yang telah meletakkan jawatan pada Mei tahun lalu berikutan kekalahan dalam Pemilihan PKR, manakala Nik Nazmi pula melepaskan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas gagal mempertahankan kedudukan sebagai Naib Presiden PKR.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
