Berita Politik
PRN Johor medan terbaik uji kekuatan BN bertanding solo - KJ
KOTA BHARU 16 Mei – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang bagi menguji dan menilai semula kekuatan sebenar gabungan parti tersebut.
Khairy menyifatkan PRN di negeri selatan tanah air itu sebagai pentas eksperimen terbaik sebelum mendepani Pilihan Raya Umum (PRU), memandangkan pentadbiran sedia ada di Johor merupakan kerajaan dominan BN dan bukannya dibentuk atas formula Kerajaan Perpaduan.
Menurut beliau, sekiranya formula bergerak secara solo itu membuahkan hasil yang cemerlang di Johor, pendekatan sama boleh diteruskan untuk menghadapi siri pilihan raya di negeri-negeri lain termasuk PRN Melaka.
Cadangan tersebut diutarakan beliau semasa berucap pada Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 anjuran UMNO Bahagian Ketereh yang berlangsung hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan kepimpinan dan akar umbi UMNO agar sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan mana-mana blok politik walaupun bakal bersaing sengit di pentas pilihan raya bagi mengekalkan kelebihan parti yang dinamik.
Sebelum ini, isu mengenai tarikh serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dilaporkan masih berada di peringkat awal, di mana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang keputusan hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
