Berita Politik
Rafizi, Nik Nazmi umum ambil alih Parti Bersama Malaysia
PETALING JAYA 17 Mei – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan bakal mengambil alih sebuah parti politik kecil yang dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (Malaysian United Party).
Inisiatif politik baharu itu turut diterajui bersama oleh seorang lagi bekas pemimpin kanan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Simbolik penyerahan parti berkenaan dilakukan secara rasmi dalam satu majlis khas pengumuman hala tuju politik kedua-dua tokoh tersebut yang berlangsung di sini, hari ini.
Perkembangan mutakhir ini sekali gus menjawab segala teka-teki dan spekulasi yang bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu mengenai masa depan politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas mereka dilihat agak disisihkan daripada arus perdana PKR sejak setahun yang lalu.
Untuk rekod, Parti Bersama Malaysia mula ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2016 di Pulau Pinang, namun belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.
Berita berkaitan
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
Fadhli Shaari persoal tindakan PH buat laporan polis berhubung isu dakwaan campur tangan AS
September 6, 2026, 9:58 pm
Ab Rauf diberi mandat pilih rakan boleh beri kemenangan PRN Melaka
September 6, 2026, 3:33 pm
BN komited pastikan kestabilan negara, Zahid tiada masalah dengan Anwar
September 6, 2026, 3:30 pm
Tiada keperluan bubar Parlimen selagi PM Anwar ada sokongan majoriti - DAP
September 5, 2026, 7:46 pm
