TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Macam filem Tamil, polis berpaut atas SUV sejauh 30km buru penyeludup terima penghargaan dari Vijay

By
|
Kongsi
image

CHENNAI 30 Sept - Seorang anggota polis di Tamil Nadu, India menerima penghargaan selepas aksi nekadnya berpaut pada bumbung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sejauh kira-kira 30 kilometer ketika mengejar penyeludup tular di media sosial.

M Velmurugan dari Balai Polis Kovilpalayam menerima penghargaan itu selepas dipanggil menemui Ketua Menteri Tamil Nadu, C Joseph Vijay di pejabat Sekretariat pada Selasa.

Kejadian bermula apabila sebuah SUV yang membawa gutka, iaitu produk tembakau kunyah yang diharamkan, enggan berhenti ketika diarahkan polis sebelum cuba melarikan diri.

Dalam usaha menghalang kenderaan itu, Velmurugan berpaut pada bahagian bumbung SUV berkenaan.

Namun, pemandunya terus memecut dan dipercayai cuba menjatuhkan anggota polis itu.

Velmurugan tetap bertahan dan berpaut pada kenderaan berkenaan sepanjang perjalanan kira-kira 30 kilometer sebelum polis akhirnya berjaya memberhentikan SUV itu.

Tiga suspek kemudian ditahan manakala barangan terlarang yang dibawa turut dirampas.

Aksi berani Velmurugan itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Susulan kejadian, Vijay menyampaikan hadiah sebagai penghargaan kepada anggota polis berkenaan atas keberaniannya menjalankan tugas.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati Velmurugan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas pada masa akan datang. – Agensi

+ - reset