TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Puting beliung api melanda seberang, jerebu burukkan udara negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 OKTORBER – Fenomena jerebu merentas sempadan kembali menghantui negara apabila kualiti udara merosot secara mendadak akibat impak kebakaran hutan berlarutan di negara jiran.

Insiden itu dilaporkan amat dahsyat sehingga mencetuskan fenomena puting beliung api (fire tornado), sekali gus memburukkan lagi penyebaran asap dan debu ke rantau ini.

Mengikut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) semalam, sebanyak 33 lokasi merentasi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Terengganu, Perak dan Sarawak telah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Johan Setia di Selangor mencatatkan tahap tertinggi iaitu 176, manakala Cheras (173), Nilai (171) dan Shah Alam (170) turut berada pada paras membimbangkan.

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat melebihi paras 160 termasuklah Pasir Gudang, Batu Muda, Putrajaya, Larkin, Seremban, Klang, Petaling Jaya, Banting, Bandaraya Melaka serta Kuantan.

Orang ramai dinasihatkan agar mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa mengikut perkembangan kualiti udara terkini menerusi portal APIMS dari semasa ke semasa.

+ - reset