Berita Ekonomi
Ringgit terus naik bakal cecah RM4.30 bagi AS$1 dalam tempoh terdekat
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Rabu, didorong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) apabila pelabur menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3755/3840 berbanding dolar AS daripada 4.3780/3850 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks DXY merosot kepada 101.441, paras terendah dalam tempoh tujuh bulan, apabila mata wang utama meningkat berbanding dolar AS.
"Hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun, yang paling sensitif terhadap kadar dasar bank pusat AS, susut tujuh mata asas kepada 3.99 peratus.
"Selain itu, ringgit diunjurkan disokong dengan baik hari ini kerana prospek pengurangan kadar faedah AS akan mengecilkan perbezaan antara Kadar Dana Fed dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR)," katanya.
Mohd Afzanizam juga mengenal pasti RM4.30 sebagai paras sokongan serta-merta bagi ringgit berbanding dolar AS.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan hari ini.
Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0103/0164 daripada 2.9917/9967 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding euro kepada 4.8686/8781 daripada 4.8491/8568.
Unit domestik juga rendah berbanding pound British kepada 5.7026/7137 daripada 5.6927/7018 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan sedikit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 283.4/284.1 daripada 283.5/284.2 semalam, dan meningkat tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.75 daripada 7.74/7.75.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3536/3604 daripada 3.3466/3522 ketika ditutup semalam, dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8085/8412 daripada 12.7982/8254. - Bernama
Berita berkaitan
May 7, 2026, 5:14 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus bagi tahun 2026
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
