Berita Ekonomi
MITI fokus perkasa usahawan wanita, kajian data dan peluang baharu bakal diumum - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR 14 Okt - Kerajaan akan melaksanakan kajian bagi memperkasa peranan usahawan wanita dalam industri dan perniagaan di negara ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata kajian berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kerajaan mempunyai data yang relevan untuk membuat keputusan atau tindakan terhadap golongan usahawan berkenaan.
"Kita harus membuat kumpulan kajian yang betul kerana biasanya apabila kita mahu keluar dan menjelaskan keadaan kes, kita perlu pastikan kita telah melakukan kajian.
"Kita mesti pastikan kita mempunyai fakta yang siap. Jadi kita perlu melakukan perkara yang sama (melibatkan usahawan wanita) dalam melakukan survei dan data yang relevan," katanya dalam laporan Bernama.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Women in Trade and Industry (WITI) anjuran Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia), di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata sesi libat urus sangat berharga bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) khususnya dalam konteks WITI kerana ia membuka ruang untuk berkongsi pendapat bagi idea penambahbaikan terutama dalam "She-economy."
"MITI mengambil maklum semua soalan yang ditujukan dan akan dibawa kepada perhatian pihak yang relevan.
"Secara amnya, banyak aspek yang dibangkitkan memerlukan perbincangan lanjut dan kolaborasi antara MITI dengan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, SME Corp dan lain-lain," katanya.
Dalam menyokong usahawan wanita lain khususnya dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tengku Zafrul menggalakkan kepada peningkatan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor baharu iaitu tenaga boleh baharu, teknologi hijau, pembuatan termaju dan industri berteknologi tinggi.
"Bagi MITI, kami akan memberi tumpuan sewajarnya bagi memastikan usahawan wanitadiberi ruang dan peluang yang sama untuk berkembang seperti perniagaan lain yang diteraju oleh usahawan lelaki," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan meneraju inisiatif yang memacu pembangunan bagi usahawan wanita selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan."
Katanya selaras dengan pengenalan inisiatif WITI, Malaysia akan memacu langkah proaktif, mengetengahkan kepentingan kesaksamaan jantina dalam keusahawanan dalam agenda ekonomi ASEAN.
"Saya ingin berkongsi bahawa tahun depan, akan ada beberapa persidangan yang berfokus kepada wanita yang akan diteraju MITI dengan kerjasama entiti lain yang dipimpin wanita.
"Dengan keutamaan yang sewajarnya diberikan bagi penyertaan wanita, Malaysia boleh memberiinspirasi kepada perubahan serantau ke arah pertumbuhan yang lebih inklusif, membina komitmen ASEAN kepada komuniti ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan
"Dengan kemajuan pesat dalam teknologi, ada potensi yang amat besar bagi usahawan wanita di Malaysia serta di ASEAN," katanya.
Berita berkaitan
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
Harga RON95 turun, ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
September 18, 2025, 11:00 am
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
September 10, 2025, 10:40 am
CFO perlu bertindak sebagai pemacu strategi, bukan lagi ‘scorekeeper’ – Abdul Wahid
September 1, 2025, 10:08 pm
Rianlon Corp bakal melabur RM820 juta di Johor, Anwar tinjau perkembangan ECRL
September 1, 2025, 3:23 pm
Moody’s jangka BNM kekal OPR pada 2.75 peratus minggu ini
August 15, 2025, 12:30 pm
