Berita Ekonomi
Ringgit naik berbanding dolar AS ekoran tindakan Trump
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.
Pada jam 8.07 pagi, ringgit meningkat sehingga 4.3050/3180 berbanding dolar AS daripada 4.3080/3120 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pada masa ini DXY bergerak pada sekitar 103.25 mata berbanding 100.76 mata bulan lepas.
Menurutnya, ringgit boleh kekal lemah dalam tempoh terdekat berdasarkan trend global.
"Pada masa ini, dolar AS-ringgit berlegar agak hampir dengan paras rintangan segera pada RM4.3259.
"Kami berpendapat ringgit boleh terus didagangkan tidak berubah memandangkan peniaga menunggu pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai langkah pembaharuan ekonomi, terutama dalam bidang berkaitan konsolidasi fiskal,” katanya.
Pada pembukaan dagangan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang itu diniagakan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.6851/6993 berbanding 4.7013/7057 semasa akhir urus niaga pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6223/6393 daripada 5.6357/6410 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8864/8953 daripada 2.8928/8957 sebelumnya.
Pada masa sama, ringgit turut diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9116/9580 daripada 12.9121/9303 pada Selasa, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2853/2954 daripada 3.2928/2961 semasa ditutup semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 276.1/277.1 daripada 276.3/276.7 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.47 daripada 7.44/7.46 semasa ditutup semalam. - Bernama
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
