Berita Ekonomi
Pelabur mula beralih kepada negara pesat membangun, ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR 25 Okt - Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.
Pada 8.17 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3405/3515 berbanding dolar AS daripada 4.3455/3510 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan Indeks Dolar AS (DXY) dilihat terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.
"DXY merosot 0.36 peratus kepada 104.058 mata berikutan peniaga dijangka menyimpan keuntungan disebabkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang berkurangan.
Peluncur ombak warga Itali maut ditusuk ikan todak di Sumatera Barat
"Hasil Perbendaharaan AS juga rendah apabila hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun turun 3.0 mata asas kepada 4.21 peratus berikutan paras semasa menjadi semakin menarik dengan Fed AS dijangka melonggarkan dasar monetarinya walaupun secara berperingkat," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, katanya peniaga dan pelabur akan sibuk dengan pilihan raya presiden AS berdasarkan persaingan antara kedua-dua calon amat sengit.
Dalam dagangan awal, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding pound kepada 5.6279/6422 daripada 5.6331/6402 semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8582/8657 daripada 2.8589/8627 pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6969/7088 daripada 4.6918/6978 sebelum ini.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2903/2988 daripada 3.2928/2972 semalam.
Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.3 daripada 278.8/279.3 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8779/12.9174 daripada 12.9031/9259 sebelum ini. – Bernama
Berita berkaitan
October 24, 2025, 8:05 pm
CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed umum letak jawatan
October 23, 2025, 11:09 am
Kerajaan dapat jimat RM5 bilion setahun hasil penyasaran semula subsidi diesel – MoF
September 26, 2025, 6:39 pm
Saham Astro jatuh merudum ke paras terendah, keuntungan merosot hampir 70 peratus
September 23, 2025, 10:56 am
Harga RON95 turun, ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
September 18, 2025, 11:00 am
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
September 10, 2025, 10:40 am
CFO perlu bertindak sebagai pemacu strategi, bukan lagi ‘scorekeeper’ – Abdul Wahid
September 1, 2025, 10:08 pm
Rianlon Corp bakal melabur RM820 juta di Johor, Anwar tinjau perkembangan ECRL
September 1, 2025, 3:23 pm
Moody’s jangka BNM kekal OPR pada 2.75 peratus minggu ini
August 15, 2025, 12:30 pm
