Berita Ekonomi
11.1 juta pemegang unit ASB rekod pelaburan sebanyak 173.8 bilion unit
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 14 Nov – Seramai 11.1 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah direkodkan melabur dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 173.8 bilion unit sehingga 23 Oktober lalu, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Sebanyak 731,872 pemegang unit pula direkodkan melabur dalam Amanah Saham Malaysia (ASM), dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 29.4 bilion unit.
"Pelabur boleh melabur sehingga 300,000 unit bagi ASB, manakala bagi ASM, jumlah pelaburan maksimum tertakluk kepada peruntukan saiz dana," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bilangan penyertaan rakyat Malaysia yang melabur dalam ASB dan ASM.
Menjawab soalan tambahan daripada Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai cukai ke atas dividen ASB dan ASM, Hui Ying menjelaskan bahawa cukai tidak dikenakan ke atas dividen daripada kedua-dua skim pelaburan tersebut.
"Faedah atau kadar dividen yang diterima oleh pemegang unit ASB dan ASM adalah lebih tinggi berbanding dengan bank konvensional," katanya.
"Sepanjang 2021 hingga 2023, skim ASB menjana pulangan pendapatan dalam julat 4.6 hingga 5.25 peratus termasuk bonus. Bagi skim ASM, julat pendapatan dalam tempoh yang sama adalah dari empat hingga 4.5 peratus," tambahnya.
Pulangan daripada kedua-dua tabung unit ini melebihi penanda aras kadar simpanan deposit tetap secara purata, iaitu melebihi 1.5 peratus berbanding bank konvensional.
"Dengan pelaburan permulaan serendah RM10, pelabur boleh menambah pelaburan bagi kedua-dua skim di kaunter cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di seluruh negara. Pelaburan juga boleh dilakukan melalui ejen yang dilantik ASNB atau melalui platform dalam talian di aplikasi dan portal myASNB," jelas Hui Ying.
Skim ASB dan ASM masing-masing dilancarkan pada 2 Januari 1990 dan 20 April 2020, bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan, di samping mengekalkan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. - Media Telus
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
KWSP tambah pegangan Sunway susulan tawaran ambil alih IJM bernilai RM11b
February 12, 2026, 10:30 am
Hijrah Selangor perkukuh kerjasama dengan TERAJU, perkasa masa depan usahawan ke peringkat lebih tinggi
December 18, 2025, 12:12 pm
Ringgit kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS
December 17, 2025, 1:25 pm
Perodua lancar traz SUV baharu, sasaran jualan 1,900 unit sebulan
December 1, 2025, 11:32 am
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
November 18, 2025, 5:45 pm
Saga Serba Baharu cipta fenomena, satu tempahan diterima setiap 43 saat
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
