Berita Ekonomi
Malaysia catat peningkatan KDNK 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini
KUALA LUMPUR 15 Nov - Aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan mendorong negara mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini,
Gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour berkata aktiviti pelaburan terus disokong perbelanjaan kukuh dalam struktur serta jentera dan peralatan (M&E).
Menurutnya, perbelanjaan isi rumah juga menunjukkan pertumbuhan positif berikutan keadaan pasaran pekerja yang stabil dan pelaksanaan dasar yang menyokong.
“Sektor eksport memainkan peranan penting dengan permintaan luaran yang semakin pulih dan limpahan positif daripada peningkatan kitaran teknologi global.
“Peningkatan eksport ini turut disertai oleh import yang berkembang pada kadar lebih pantas, didorong oleh keperluan barangan modal dan perantaraan untuk menyokong pelaburan serta perdagangan,” katanya pada sidang media.
Menurutnya, dari segi penawaran kebanyakan sektor terus menyokong pertumbuhan khususya peningkatan dalam sektor perkilangan yang didorong kelompok berorientasikan eksport.
“Bagaimanapun, pertumbuhan sebahagiannya diimbangi oleh aktiviti penyenggaraan dalam sektor perlombongan.
“Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, momentum pertumbuhan menjadi sederhana kepada 1.8 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku kedua.
“Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus bagi tiga suku pertama tahun 2024,” katanya.
Dari segi inflasi, Abdul Rasheed berkata kadarnya kekal stabil pada 1.9 peratus seperti direkodkan pada suku kedua lalu.
“Inflasi lebih tinggi dicatatkan untuk diesel iaitu 5.3 peratus dan 0.8 peratus bagi insurans kenderaan yang diimbangi dengan pengurangan inflasi untuk makanan dan minuman pada kadar 1.6 peratus khususnya makanan di luar rumah, bijirin, dan sayur-sayuran segar.
“Secara keseluruhan, bilangan item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan menurun kepada 38.9 peratus pada suku ketiga tahun 2024,” katanya.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
