Berita Ekonomi
Honda, Nissan sasar selesai rundingan penggabungan pada Jun Ini
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Honda Motor Co dan Nissan Motor Co menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan penggabungan mereka pada Jun ini, lapor agensi berita Kyodo memetik sumber yang mengetahui perkara itu pada Isnin.
Kedua-dua pembuat kereta utama Jepun itu dijangka mengumumkan permulaan perbincangan mengenai penggabungan berkenaan pada hari ini, yang akan membentuk kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Honda dan Nissan, pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun dari segi jumlah pengeluaran, masing-masing dijangka beroperasi di bawah sebuah syarikat induk, dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, turut mempertimbangkan untuk menyertai mereka.
Langkah itu bertujuan meningkatkan daya saing kos dan meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV) yang kini dikuasai oleh pesaing dari Amerika Syarikat (AS) dan China.
Honda dan Nissan akan berusaha untuk berkongsi kos pembangunan yang tinggi dan mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dengan menggunakan komponen yang sama.
EV merupakan satu daripada segmen paling kritikal untuk pertumbuhan kerana elektrifikasi mengubah landskap industri automotif global.
Honda dan Nissan bersetuju pada Mac untuk melancarkan kajian kebolehlaksanaan mengenai perkongsian pengeluaran EV strategik, termasuk pembangunan teknologi perisian berkaitan, bagi mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing. - Bernama
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
