Berita Ekonomi
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR 13 Jan - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran tenaga kerja AS kekal berdaya tahan, dengan data senarai gaji bukan ladang yang terkini melebihi jangkaan.
Disember menyaksikan tambahan 256,000 pekerjaan, mengatasi anggaran konsensus sebanyak 160,000.
"Gabungan dasar yang tidak pasti di bawah Trump 2.0 dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan permintaan tinggi terhadap dolar AS.
"Hasil positif memberikan gambaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS tidak akan kehilangan kawalan terhadap dasar monetari, menjadikan penurunan kadar faedah seterusnya semakin mencabar,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kini berada pada paras tinggi pada 109.706 mata.
"Ini adalah paras tertinggi sejak September 2022, tempoh ketika Fed aktif menaikkan kadar faedah.
"Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8557/8614 daripada 2.8461/8497 pada Jumaat lepas, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.5040/5144 daripada 5.5296/5364. Ia turut naik berbanding euro kepada 4.6200/6288 daripada 4.6298/6355 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9960/13.0461 daripada 12.9824/13.0043 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.2 daripada 277.5/278.0.
Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2881/2948 daripada 3.2843/2888 sebelum ini dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.70/7.71 pada Jumaat lepas. - Bernama
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
KWSP tambah pegangan Sunway susulan tawaran ambil alih IJM bernilai RM11b
February 12, 2026, 10:30 am
Hijrah Selangor perkukuh kerjasama dengan TERAJU, perkasa masa depan usahawan ke peringkat lebih tinggi
December 18, 2025, 12:12 pm
Ringgit kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS
December 17, 2025, 1:25 pm
Perodua lancar traz SUV baharu, sasaran jualan 1,900 unit sebulan
December 1, 2025, 11:32 am
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
November 18, 2025, 5:45 pm
Saga Serba Baharu cipta fenomena, satu tempahan diterima setiap 43 saat
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
