Berita Ekonomi
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 4.9% tahun ini, dipacu permintaan domestik, pelaburan asing
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR, 15 Jan – Memasuki tahun 2025, prospek ekonomi Malaysia terus menjadi perhatian utama, dengan pelbagai cabaran dan peluang di hadapan.
Mengakui perkara ini, Timbalan Pengerusi Institut Strategik KSI Asia-Pasifik, Datuk Seri Mohd Iqbal Rauder, menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka mencapai 4.9 peratus, sedikit melebihi sasaran rasmi 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang diumumkan dalam Bajet 2025.
Rangkuman AI
|
Berikut ialah pecahan wawancara bersama Datuk Seri Mohd Iqbal Rauder mengenai prospek ekonomi Malaysia bagi tahun 2025:
Kesimpulan: |
Menurut beliau, faktor utama yang menyokong unjuran ini termasuk peningkatan perbelanjaan kerajaan yang mencecah RM421 bilion, yang merangkumi belanja operasi dan pembangunan.
"Perbelanjaan kerajaan dijangka merangsang permintaan domestik, disokong oleh kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,750 serta peningkatan pelaburan sektor awam dan swasta.Namun begitu, cabaran seperti ketidakpastian global dan inflasi domestik tidak boleh diabaikan.
"Inflasi yang dihadapi pengguna biasa lebih tinggi daripada angka rasmi, terutama dalam sektor makanan," kata beliau dalam sesi temubual dalam rancangan The Nation oleh Bernama TV, hari ini.
Beliau turut menekankan keperluan untuk memperkukuh pengeluaran makanan domestik bagi mengurangkan pergantungan kepada import.
Dari perspektif antarabangsa, Malaysia akan memanfaatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memperkukuh perdagangan serantau melalui RCEP dan BRICS. Di samping itu, industri teknologi tinggi seperti pembuatan cip dan pusat data dilihat sebagai pendorong utama pelaburan langsung asing (FDI) dan pembangunan ekonomi.
"Mengenai nilai ringgit, KSI mengunjurkan pengukuhan kepada RM3.9-RM4.0 berbanding dolar AS, bergantung kepada harga minyak global dan peningkatan FDI. Namun, risiko seperti tekanan kewangan global dan kadar faedah yang meningkat perlu diurus dengan bijak," katanya.
Mohd Iqbal turut optimis bahawa Malaysia mampu mengharungi cabaran ini dengan strategi perdagangan yang pelbagai, pelaburan dalam infrastruktur, dan pengurusan inflasi yang efektif.
Beliau menyeru supaya sektor swasta dan kerajaan terus bekerjasama untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan yang mana dengan asas ekonomi yang kukuh dan inisiatif strategik, Malaysia bersedia untuk menghadapi 2025 sebagai tahun yang penuh peluang dan potensi. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
