Berita Ekonomi
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen untuk Indeks Dolar AS (DXY) rendah berikutan tuntutan pengangguran awal minggu lepas yang meningkat kepada 223,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 221,000.
"Keutamaan yang jelas untuk penurunan kadar faedah oleh Presiden AS Donald Trump dalam ucapannya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) tidak mengejutkan.
"Ini akan menjadikan tugas Rizab Persekutuan (Fed) AS lebih mudah berikutan bank pusat AS telah melaksanakan pelonggaran monetari sejak September lepas. Ia adalah mengenai tempoh dan tahap penurunan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu, Mohd Afzanizam percaya peniaga dan pelabur akan kekal berhati-hati dan beliau menjangka dolar AS berbanding ringgit akan berada pada sekitar RM4.44 hingga RM4.45 hari ini.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8388/8495 daripada 2.8429/8461 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.6155/6321 daripada 4.6246/6293, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.4735/4933 daripada 5.4703/4759.
Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.1/273.2 daripada 272.7/273.1 semalam, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.55/7.58 daripada 7.57/7.58, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0250/0835 daripada 13.0582/0779 dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2648/2776 daripada 3.2734/2770. - Bernama
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
