Berita Ekonomi
Pengeluaran minyak mentah, kondensat naik 0.9 peratus suku keempat 2023

PUTRAJAYA: Jumlah pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat 0.9 peratus kepada 49.1 juta tong dalam suku keempat 2023, dipacu oleh lonjakan kondesat, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kenaikan itu telah disokong oleh lonjakan kondensat sebanyak 23.8 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.2 peratus pada suku sebelumnya.
Pada masa sama, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan gas asli pulih kepada 4.7 peratus pada suku keempat 2023 daripada negatif 2.1 peratus pada suku sebelumnya, mencatat nilai pengeluaran sebanyak 774.2 bilion kaki padu dalam suku keempat.
"Nilai eksport petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RM9.3 bilion pada suku keempat 2023 berbanding RM7.8 bilon dalam suku ketiga dengan Thailand menjadi destinasi eksport utama dan diikuti oleh Australia dan Brunei," katanya dalam kenyataan Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli bagi Suku Keempat 2023 hari ini.
Selain itu, nilai eksport keluaran petroleum bertapis pula berjumlah RM33.7 bilion (suku ketiga 2023: RM31 bilion) dengan RM7.8 bilion atau 23.2 peratus dieksport ke Singapura dan diikuti oleh Indonesia (15 peratus) dan Australia (12.8 peratus).
Nilai eksport gas asli cecair (LNG) mencecah RM16.6 bilion pada suku ini (suku ketiga 2023: RM12.5 bilion) dengan RM6.9 bilion (43.1 peratus) dieksport ke Jepun dan diikuti oleh China (25.9 peratus) dan Korea Selatan (22.4 peratus).
Mohd Uzir berkata, nilai import petroleum mentah dan kondensat berjumlah RM18.1 bilion pada suku keempat berbanding RM12.5 bilion dalam suku ketiga 2023.
Lebih separuh atau 51.1 peratus diimport dari Arab Saudi dengan nilai sebanyak RM9.3 bilion, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (18.9 peratus) dan Amerika Syarikat (5.3 peratus).
"Prestasi keseluruhan pada 2023 menyaksikan pengeluaran minyak mentah dan kondensat susut 0.1 peratus dengan jumlah keseluruhan sebanyak 188.8 juta tong (2022: -3.3 peratus; 189.1 juta tong).
"Penurunan pengeluaran tahunan itu kebanyakannya dipengaruhi oleh penyusutan sebanyak 6.1 peratus dalam minyak mentah yang menunjukkan trend penurunan sejak 2017," katanya. -BERNAMA
#ekonomi #minyak #malaysia
Berita berkaitan
May 2, 2025, 10:40 am
Johari Shukri Jamil dilantik Presiden, CEO baharu UDA Holdings
April 28, 2025, 5:22 pm
Continental tutup kilang tayar di Alor Setar menjelang akhir tahun ini
April 22, 2025, 12:19 pm
AS kenakan cukai import tinggi produk solar dari Malaysia
April 17, 2025, 1:17 pm
Harga emas dijangka cecah RM496.24 segram menjelang akhir tahun
April 11, 2025, 1:13 pm
Pengeluaran Harumanis Perlis dijangka menurun
April 11, 2025, 10:47 am
Harga emas lonjak ke paras tertinggi RM455.62 segram susulan ketegangan perdagangan AS-China
April 10, 2025, 11:31 am
Malaysia bincang ketidaktentuan dasar tarif AS dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am