Berita Ekonomi
Ringgit mengukuh berbanding Dolar AS berikutankejatuhan indeks Dolar
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan kelemahan Indeks Dolar AS (DXY) selepas data pasaran buruh AS menunjukkan prospek yang lebih lemah.
Pada jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 pada penutupan sebelumnya. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata DXY merosot sekali lagi kepada 107.993 mata, didorong oleh laporan Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Pusing Ganti Buruh (JOLTS) AS yang menunjukkan jumlah bukaan pekerjaan pada Disember menurun kepada 7.6 juta, lebih rendah daripada anggaran konsensus 8.01 juta.
Beliau menjelaskan bahawa ini merupakan penurunan pertama selepas dua bulan berturut-turut mencatatkan peningkatan, dengan nisbah jumlah pekerjaan tersedia bagi setiap individu yang menganggur berkurang kepada 1.11 daripada 1.15 sebelumnya. Keadaan ini dijangka meningkatkan kemungkinan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS akan diturunkan, sekali gus menyokong pengukuhan ringgit.
Dalam dagangan awal, ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8729/8857 daripada 2.8581/8645, turun berbanding euro kepada 4.5941/6144 daripada 4.5905/6003 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5259/5502 daripada 5.5167/5285.
Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.59/7.63 daripada 7.61/7.63, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 270.8/272.1 daripada 271.5/272.2. Namun, ia kekal tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.2741/2887 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1429/2121 daripada 13.1241/1580. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
