Berita Jenayah
Anggota tentera ditahan miliki senjata api tiruan
IPOH 6 Feb. - Seorang anggota tentera berusia 34 tahun ditahan selepas didapati memiliki lebih 10 laras senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Kem Syed Putra, Jalan Tambun, pada Selasa.
Penahanan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar jam 12.30 malam.
Difahamkan, suspek telah bersiaran langsung di TikTok untuk mempromosikan serta menjual senjata tiruan yang diperoleh melalui ejen di Pahang sejak dua tahun lalu.
Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, polis merampas tujuh unit slingshot menyerupai senapang, empat unit crossbow, enam jenis anak panah dengan lima setiap satu, serta 300 biji bebola galas (ball bearing).
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencingnya negatif dadah. Dia direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Pihak polis menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pemilikan senjata tanpa lesen dan menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah. - Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
