Berita Jenayah
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
TEMERLOH 9 Dis – Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Batu 4 Paya Pulai dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memasuki ruang tamu rumahnya pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 3.30 petang.
Mangsa bersama beberapa jiran cuba menahan suspek, namun lelaki itu berjaya melarikan diri menaiki sebuah trak pikap yang diletakkan di hadapan rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek kemudian dikesan di tepi jalan berhampiran Kampung Batu 4, Maran, kira-kira pukul 1.16 tengah hari semalam.
“Dengan bantuan orang awam, suspek berjaya ditahan bersama sebuah kenderaan jenis Nissan Navara berwarna putih yang dilaporkan hilang di kawasan Pekan Awah, Maran pada 29 November lalu,” katanya.
Suspek yang berusia 36 tahun akan dibawa ke hadapan Majistret Temerloh untuk permohonan reman hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berdasarkan siasatan awal, suspek tiada rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing mendapati positif dadah jenis syabu.
Berita berkaitan
January 30, 2026, 6:28 pm
Lelaki 23 tahun ditahan disyaki pukul dan cabul kanak-kanak di Bukit Sentosa
January 29, 2026, 4:43 pm
Pelakon lelaki terkenal ditahan, ujian air kencing positif dadah
January 27, 2026, 9:13 pm
Dua pengusaha katering rugi diperdaya sindiket guna nama IPK Johor
January 27, 2026, 9:19 am
Pasangan warga Indonesia ditahan disyaki seludup migran dan edar dadah di Pontian
January 26, 2026, 11:13 am
Lelaki melecur akibat disimbah asid di stesen minyak Jeniang
January 26, 2026, 10:50 am
Polis siasat pergaduhan dua lelaki di Taman Sungai Chua
January 21, 2026, 7:52 pm
Polis kenal pasti dua individu disyaki palsukan dokumen pendaftaran pemain warisan FAM
January 21, 2026, 12:50 pm
Polis temui motosikal dipercayai digunakan suspek rompakan kedai emas di Nilai
January 17, 2026, 11:54 am
Terima tiga laporan polis, polis sahkan bekas wartawan FMT ditahan
January 16, 2026, 1:48 pm
