Berita Jenayah
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
SEPANG 19 Nov – Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar selepas mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata kejadian berlaku pada jam 1.45 pagi ketika ketiga-tiga lelaki itu tiba dari Bangkok, Thailand.
“Pegawai AKPS mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi. Semasa pemeriksaan fizikal ke atas salah satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas, pegawai menemukan bahan yang dipercayai dadah jenis kokain yang diselindungkan dengan menutupi bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis serta udang kering dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan,” katanya.
Menurut AKPS, pemeriksaan keseluruhan bagasi mengesahkan bahawa kesemua enam bagasi itu mengandungi dadah kokain seberat 12 kilogram.
“Kesemua suspek telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kes telah diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut,” ujarnya.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
