Berita Jenayah
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
GOMBAK 11 Dis – Polis menahan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki mengugut rakan sekelasnya menerusi panggilan video.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek, seorang pelajar tingkatan tiga, sudah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Difahamkan, remaja lelaki itu membuat ugutan melalui panggilan video terhadap mangsa yang turut merupakan pelajar tingkatan tiga, kira-kira jam 2.30 petang Isnin, bagi meminta wang.
Dalam panggilan itu, suspek turut menunjukkan sebilah parang sambil menuntut wang daripada mangsa.
Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Rabu.
Sumber memaklumkan, suspek mendakwa dia sendiri pernah diugut sejak berada di tingkatan satu.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
