Berita Jenayah
Sarjan polis minta rasuah RM3,000 direman enam hari
GEORGETOWN 14 Feb - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman selama enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta wang rasuah berjumlah RM3,000.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nur Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret George Town.
Menurut sumber, suspek berusia 38 tahun didakwa meminta wang tersebut daripada seorang lelaki berusia 35 tahun pada 11 Januari lalu sebagai bayaran untuk menyelesaikan kes ujian saringan air kencing yang positif dadah.
Lelaki tersebut, yang bekerja di sebuah kilang, menjalani ujian air kencing pada 19 Ogos tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Dia dimaklumkan bahawa ujian tersebut positif untuk dadah jenis Benzo dan ditahan semalaman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Pada 11 Januari, suspek bertemu dengan pengadu dan meminta wang RM3,000 untuk menyelesaikan kes tersebut.
Pada 12 Februari, suspek menghubungi pengadu sekali lagi dan meminta pengadu datang ke IPD Timur Laut untuk membincangkan perkara berkaitan wang rasuah tersebut.
Suspek ditahan semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
