Berita Jenayah
Perompak warga asing berparang pecah masuk, samun sekeluarga di Sepang
SEPANG 24 Feb - Sebuah keluarga mengalami saat cemas apabila dirompak oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi awal pagi semalam.
Kejadian berlaku sekitar 3.30 pagi, di mana salah seorang mangsa diikat sebelum perompak yang dipercayai warga asing itu melarikan wang tunai dan barang peribadi bernilai RM5,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan G Shan Gopal berkata, ketika kejadian terdapat enam orang di dalam rumah tersebut, termasuk seorang pembantu rumah.
Beliau menjelaskan bahawa hanya seorang mangsa yang diikat, manakala yang lain tidak cedera.
“Rumah mangsa dimasuki melalui pintu belakang sekitar jam 3.30 pagi, dan barangan peribadi seperti wang tunai serta barang kemas telah dilarikan.
“Suspek dipercayai warganegara asing dan bergerak dalam kumpulan dua hingga tiga orang. Mereka bersenjatakan parang, berpakaian gelap, dan bertopeng,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Siasatan mendapati bahawa kumpulan perompak tersebut menyasarkan rumah yang berdekatan dengan kawasan hutan.
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
