Berita Ekonomi
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 13 Mei - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang ketat, sekali gus menyokong dolar, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada jam 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Mohd Afzanizam berkata, pada minggu ini, pemain pasaran akan memberi tumpuan kepada data inflasi AS dengan laporan Indeks Harga Pengeluar dan Indeks Harga Pengguna yang akan dikeluarkan pada Selasa dan Rabu.
"Oleh itu, ringgit dijangka dalam jajaran kecil hari ini.
"Fed dilihat tertumpu kepada menurunkan inflasi kepada sasaran dua peratus walaupun terdapat petunjuk ekonomi lemah,” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, katanya, pasaran berharap tumpuan Fed akan berubah daripada inflasi kepada pertumbuhan, tetapi ini dilihat agak sukar pada masa ini berdasarkan kadar inflasi yang masih tinggi.
Pada awal dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.0407/0438 daripada 3.0428/0446 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding euro kepada 5.1062/1110 daripada 5.1072/1098 sebelum ini, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.9370/9426 daripada 5.9364/9395 minggu lepas.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5037 daripada 3.5017/5038 pada Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 12.8918/9086 daripada 12.9009/9137 minggu lepas dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.22/8.27 daripada 8.25/8.26 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.4/295.9 daripada 295.2/295.6 pada Jumaat lepas. - Bernama
#RINGGIT #ASDOLAR
Berita berkaitan
May 2, 2025, 10:40 am
Johari Shukri Jamil dilantik Presiden, CEO baharu UDA Holdings
April 28, 2025, 5:22 pm
Continental tutup kilang tayar di Alor Setar menjelang akhir tahun ini
April 22, 2025, 12:19 pm
AS kenakan cukai import tinggi produk solar dari Malaysia
April 17, 2025, 1:17 pm
Harga emas dijangka cecah RM496.24 segram menjelang akhir tahun
April 11, 2025, 1:13 pm
Pengeluaran Harumanis Perlis dijangka menurun
April 11, 2025, 10:47 am
Harga emas lonjak ke paras tertinggi RM455.62 segram susulan ketegangan perdagangan AS-China
April 10, 2025, 11:31 am
Malaysia bincang ketidaktentuan dasar tarif AS dalam Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am