Berita Jenayah
Dua beranak diacu parang dalam kejadian samun di kedai bunga
KUALA LANGAT 22 April - Dua beranak melalui detik mencemaskan apabila disamun sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam kejadian di sebuah kedai bunga di kawasan Jenjarom, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, seorang wanita berusia 49 tahun, mengalami kerugian kira-kira RM4,000 selepas rantai emas yang dipakainya dilarikan suspek.
Bagaimanapun, mangsa dan anak perempuannya yang berusia 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 4.50 petang hari sama.
“Siasatan awal mendapati mangsa dan anaknya berada di dalam kedai bunga sebelum didatangi sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih dengan nombor pendaftaran yang belum dikenal pasti.
“Kumpulan suspek yang menutup kepala dan bersenjatakan parang telah mengacukan senjata itu ke arah mangsa sebelum menarik rantai emas di lehernya dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Menurut beliau, pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika disabit kesalahan.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.
Terdahulu, insiden tersebut turut tular di media sosial menerusi tiga rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan aksi samun bersenjata berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
