Berita Jenayah
Berebut nak isi pistol air punca gaduh pesta Songkran di Damansara
PETALING JAYA 22 April - Perebutan untuk mengisi air ke dalam pistol air dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan individu ketika pesta Songkran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, seramai lima lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.
“Kita telah berjaya menahan lima individu yang terlibat dalam kejadian. Pergaduhan dipercayai tercetus ketika mereka berebut semasa mengisi air untuk pistol air yang digunakan dalam pesta berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Insiden itu tular selepas satu video berdurasi 56 saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook pada jam 10 pagi Isnin, memaparkan aksi pergaduhan yang berlaku semasa acara tersebut berlangsung.
Susulan video berkenaan, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Damansara dan siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222. - Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
