Berita Jenayah
Lelaki rebah dipukul sebelum maut ditikam rakan ketika berehat di pondok di Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM 29 April - Seorang lelaki berusia 63 tahun maut selepas dipukul dan ditikam dalam kejadian di sebuah pondok di Cherok Tokun, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 3.22 petang berhubung satu kejadian pergaduhan berhampiran pondok tersebut.
Katanya, dalam insiden itu, mangsa dipukul dengan kayu sebelum ditikam menggunakan pisau oleh seorang suspek warga emas.
"Siasatan awal mendapati, mangsa bersama lima rakan lain termasuk suspek berusia 70 tahun sedang duduk bersembang di pondok itu.
"Ketika kejadian, suspek secara tiba-tiba datang dari arah belakang mangsa terus memukulnya dengan sebatang kayu hingga menyebabkan mangsa rebah ke lantai.
"Suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau sebelum beredar dari tempat kejadian. Kakitangan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi berkata, pihaknya berjaya mengesan suspek, selain turut menahan empat individu lain yang berada di lokasi bagi membantu siasatan.
"Punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlaku sejak tiga hari lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
