Berita Jenayah
Kastam Sarawak rampas ganja bernilai Lebih RM62,000 diseludup dalam bungkusan hadiah raya
KUCHING 6 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas sebanyak 2.102 kilogram ganja yang dianggarkan bernilai RM62,880, dipercayai diseludup menggunakan bungkusan hadiah Hari Raya melalui perkhidmatan syarikat kurier di Sri Aman.
Menurut Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya, rampasan itu dilakukan hasil dua pemeriksaan berasingan oleh Cawangan Narkotik JKDM Kuching. Rampasan pertama dibuat pada 28 Mac lalu, sekitar jam 10.15 pagi, di sebuah syarikat kurier di Jalan Durian, Sri Aman. Dalam pemeriksaan itu, pihak berkuasa menemukan empat bungkusan yang mengandungi ganja seberat 1.024 kilogram, dengan nilai anggaran RM30,720.
Manakala dalam pemeriksaan kedua yang dilakukan pada jam 11.30 pagi, 2 April, empat lagi bungkusan ganja ditemukan dengan berat keseluruhan 1.078 kilogram, bernilai kira-kira RM32,160.
Norizan menjelaskan bahawa modus operandi yang digunakan adalah dengan menyeludup dadah melalui penghantaran udara dan mengikrarkan bungkusan sebagai hadiah Hari Raya. Selain itu, bungkusan itu juga dialamatkan ke lokasi yang tidak lengkap bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.
Tambah beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2025, 3:40 pm
Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang melalui panggilan video
December 10, 2025, 11:42 am
Lelaki warga asing ditahan mengamuk dengan senjata tajam di Kepong
December 9, 2025, 10:44 am
Lelaki pecah masuk rumah jurutera TNB ditahan polis
December 8, 2025, 5:44 pm
2 lelaki ditahan halang polis ketika rondaan di Pandan Indah
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
