Berita Berita
Stereng gagal berfungsi dipercayai punca nahas lori FRU di Teluk Intan

TELUK INTAN 13 Mei – Kegagalan fungsi stereng pada sebuah lori membawa muatan pasir dipercayai menjadi punca tragedi yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan ngeri di Sungai Lampam, Simpang Tangki Air, Langkap, pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Hilir Perak kira-kira pukul 8.51 pagi menerusi panggilan MERS999.
“Kereta peronda (MPV) PK 251 telah diarahkan ke lokasi kejadian. Pemeriksaan mendapati lapan pegawai rendah polis (PRP) FRU Unit 5 termasuk pemandu trak FRU maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, enam lagi anggota mengalami kecederaan parah manakala empat yang lain cedera ringan. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan dan bedah siasat.
Lori FRU berkenaan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugasan sempena perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.
“Ketika sampai di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 telah dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah lori membawa muatan pasir yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas yang disifatkan sebagai antara paling menyayat hati melibatkan anggota keselamatan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita berkaitan
May 13, 2025, 6:13 pm
Ramasamy dijangka berdepan 17 tuduhan pecah amanah bernilai RM850,000 esok
May 13, 2025, 5:38 pm
MOT tubuh Pasukan Petugas Khas siasat tragedi lori rempuh trak FRU
May 13, 2025, 5:20 pm
Ahmad Zahid: Pemilik lori juga perlu bertanggungjawab dalam tragedi nahas FRU
May 13, 2025, 5:05 pm
Agong, Raja Permaisuri zahir dukacita atas tragedi nahas FRU di Teluk Intan
May 13, 2025, 4:58 pm
Pemandu lori terbabit nahas FRU ada rekod jenayah lampau
May 13, 2025, 4:05 pm
Malaysia masih menanti jawapan Arab Saudi berhubung kuota tambahan haji
May 13, 2025, 2:47 pm